Khamis, 18 September 2014

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT dan salah sejahtera. Nama saya Azlan Ardeeyansyah (07DKA14F1098) dan Mohd Erdwan Wahab (07DKA14F1056) telah diberikan tajuk Keprihatinan Malaysia Terhadap Pembangunan Insan. Alhamdullilah,  kami dapat siapkan assignment kami dalam masa seminggu walaupun  terlalu banyak  onak dan duri. :)

_________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

            Malaysia memberi penekanan yang tinggi terhadap pembangunan insan kelas pertama dimana
bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Oleh itu, isu-isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas pertama,
pendidikan sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus diambil perhatian
lebih untuk menghasilkan kecemelangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020.

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.




( Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-48 Tahun 2005 )









Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.





http://www.youtube.com/watch?v=q6CnMrGj64s

http://www.youtube.com/watch?v=rBB59vukzOg



  • Pendidikan Dan Kemahiran
Kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Oleh itu, usaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara pada semua peringkat dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan di Malaysia.Kemuncak kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai medan melahirkan generasi graduan berkualiti dan bertaraf dunia ialah pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020 pada 27 Ogos 2007.Pelan tersebut yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri jelas menyediakan landasan kukuh dalam meningkatkan kecemerlangan (Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed menegaskan bahawa PSPTN akan melonjak usaha murni kerajaan untuk melihat lebih ramai modal insan kelas pertama dilahirkan oleh PTA dan IPTS tempatan.
“Kita mensasarkan perubahan radikal akan berlaku dalam setiap aspek pendidikan tinggi negara dengan perlaksanaan sepenuhnya PSPTN ini,” katanya kepada Bernama.
PSPTN juga katanya adalah kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan Abdullah pada Januari 2007 untuk meningkatkan kecemerlangan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menterjemahkan hasrat ini menjadi pelan tindakan yang mesti dilaksanakan di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu : 
(i) Meluaskan akses dan meningkatkan Ekuiti;
  • Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)
  • Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)
(ii) Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran; 
  • Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri
  • Penambahbaikan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan
  • Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
  • 100,000 PhD atau setaraf
(iii) Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi; 
  • Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)
  • 6 buah Universiti Penyelidikan
  • 20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
  • Budaya inovasi dalam kalangan pelajar
  • 10% hasil penyelidikan dikomersialkan
(iv) Memperkasakan institusi pengajian tinggi; 
  • Satu (1) atau dua (2) buah Universiti APEX daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat
  • Tiga (3) IPT antara 100 universiti terbaik dan satu antara 50 universiti terbaik di dunia
  • Kuasa autonomi mengikut KPI
  • 75% pensyarah berkelayakan PhD
  • Penarafan IPT mengikut KPI
(v) Mempergiatkan pengantarabangsaan;
  • Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar negara
  • Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
  • 5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif
  • Pelajar pascakedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)
  • Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan
  • Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
  • Biasiswa Antarabangsa Malaysia
(vi)Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat;
  • Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF
  • Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu
  • Peningkatan penyertaan golongan dewasa
  • Laluan alternatif dan mobiliti program
(vii)Mengukuh Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi;
  • KPT sebagai pemudah cara
  • Sistem penyampaian terbaik
  • Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan
  • KPI - berdasarkan prestasi
  • Perbelanjaan berhemah
  • Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

Mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berucap mengenai modal insan ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen pada 31 Mac 2006 iaitu :
Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita ingin menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan,kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama
  • Institut Kajian Dasar

Institut Kajian Dasar (IKD) yakin bahawa pembangunan insan ialah prasyarat kepada seluruh program pembangunan nasional. Tupuan utama IKD ialah pembangunan insan yang holistik sifatnya. 
IKD sedar sebagai langkah untuk menjamin kejayaan sesebuah negara, golongan mestilah menyalurkan masa dan tenaga kepada kegiatan-kegiatan yang sihat. IKD menyediakan latihan untuk mereka dalam pelbagai aspek termasuklah pembentukan akhlak, ciri-ciri kewarganegaraan yang baik, pembinaan negara bangsa dan pengurusan organisasi. Beberapa siri seminar diadakan dengan tujuan menghidupkan semula nilai- nilai kemanusiaan sejagat, keberanian, toleransi agama, dan saling hormat menghormati terutamanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
IKD berjuang demi keadilan sosial. Kekayaan negara ini mestilah diagihkan secara adil tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak berdasarkan pegangan agama atau latarbelakang keturunannya. Tidak ada satu sektor pun dalam masyarakat yang harus dipinggirkan oleh arus utama pembangunan ekonomi. Kita bertekad membina masyarakat adil dan penyayang.
Perindustrian dan perbandaran telah mengubah struktur masyarakat dan menggugat nilai-nilai kehidupan kekeluargaan. Kekayaan negara dari satu segi menjejaskan semangat kesukarelaan di kalangan anggota masyarakat. Semuanya ini mesti diperbetulkan dalam usaha kita untuk mencapai status negara maju dan masyarakat mampan dalam acuan kita sendiri tanpa mengorbankan nilai-nilai keagamaan dan ketimuran yang kita sanjungi.
Institut ini menghargai sumbangan wanita terhadap kemajuan negara. Kedua-dua kaum lelaki dan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Kita yakin bahawa pembangunan nasional akan dipermudahkan sekiranya pendekatan kita kepada masalah gender ialah pendekatan kerjasama.
Dengan meningkatnya peranan Malaysia dan rantau ini di arena antarabangsa, IKD juga melihat keluar. Penglibatan kita dalam menggalakkan kerjasama serantau bertolak daripada keyakinan kita bahawa perkongsian kekayaan di rantau ini ialah prasyarat terhadap kestabilan serantau. Tidak ada suatu bangsa atau negara pun yang harus diketepikan daripada kemakmuran ini. Kemasukan negara anggota yang baru ke dalam ASEAN sepatutnya dipermudahkan. Usaha-usaha pelbagai hala untuk memastikan wujudnya satu platform yang lebih baik bagi negara-negara rantau ini bertukar- tukar pengalaman dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi juga patut digalakkan.

RUMUSAN

Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-masing.

Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”. Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.